Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Saturday, May 8, 2010

Festival Des Arts Martiaux, Bercy Paris 2010


Festival Des Arts Martiaux adalah sebuah festival mega tahunan bagi persembahan Seni Beladiri yang diadakan di Bercy, Paris pada setiap tahun. Festival ini bertujuan memperkenalkan Bela Diri di dunia bermula sejak tahun 1985 hinggalah kini. Persembahan Silat sempena Festival Des Arts Martiaux kali yang ke 25 ini berlangsung di Stadium Palais Omnisport Bercy-Paris pada 27hb Mac 2010 yang melibatkan seramai 33 kumpulan Beladiri bertaraf dunia dari pelbagai negara termasuklah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Malaysia dan PSGFM berasa bangga apabila dijemput oleh pihak penganjur iaitu Europeenne De Magazines dan telah menghantar seramai lima orang peserta mewakil Malaysia ke festival tersebut. Mereka semua merupakan jurulatih bertauliah International Seni Gayung Fatani Federation iaitu En. Aziwahija Yeop, Pn. Hairulhasanah, En. Mohd Hamidon Ahamed, En. Mohd Hairulnizam Ibrahim dan Cik Misra Helma Firdaus. Antara kumpulan beladiri lain yang turut terlibat termasuklah Kenpo, Krav Maga, Ninjutsu, Aikido Jujutsu, Kungfu Shao Lin, Taekwando, Karate Okinawa, Hapkido dan banyak lagi dimana jumlah penglibatan keseluruhan peserta ada 33 kumpulan beladiri dari seluruh dunia. Festival ini memuatkan seramai 15,000 orang penonton yang hadir melihat persembahan malam itu. Festival ini bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada 11.45 malam. Setiap kumpulan yang terlibat diberi masa selama 6 minit bagi mempersembahkan persembahan mereka. Festival ini mendapat liputan siaran televisyen iaitu Paris Primer and Eurosport Channel secara langsung tanpa henti. Selain itu pelbagai wartawan dari majalah dan stesen radio Eropah membuat liputan sepanjang berlangsungnya festival ini. Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia merupakan kumpulan yang ke-13 membuat persembahan pada pukul 10.00 malam. Rata-rata penonton berasa kagum dengan seni beladiri Malaysia iaitu silat kerana ia merupakan beladiri yang mempunyai pergerakkan yang indah diselangi formasi yang kreatif serta pemakaian lengkap silat juga mendapat perhatian kerana keunikkan dan nilai estetika tradisi yang masih dikekalkan tetapi relevan untuk zaman moden.
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mendapat pujian dari pelbagai pihak antaranya pihak pengurusan festival, kumpulan seni beladiri yang lain, wartawan dari majalah dan stesen radio dan penonton yang hadir pada malam itu berkenaan kecemerlangan Silat dalam membuat persembahan dan juga menjadi sumber inspirasi mereka dalam keunikan nilai estetika dlm silat. Lanjutan itu, En. Aziwahija Yeop ditemuramah oleh salah sebuah stesen radio terbesar di France untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal – usul dan keistimewaan yang terkandung didalam seni gayung fatani. Selain itu, wakil Malaysia dan PSGFM yang menyertai festival tersebut ditemuramah dan sesi bergambar diadakan di Chateau De Vincennes iaitu salah satu istana terawal di Paris. Temuramah itu diadakan sendiri oleh ketua editor dua buah majalah terbesar di Paris iaitu majalah Karate Bushido dan majalah Energies (khas untuk wanita) pada 30 Mac 2010 bagi menunjukkan pergerakkan silat dan mengetahui mengenai silat secara mendalam.
Dengan ini, secara tidak langsung dapat mempromosikan silat, dan negara Malaysia yang kaya dengan seni budaya yang tidak ternilai harganya serta membawa nama baik PSGFM dan Malaysia. Secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan gelanggang silat Seni Gayung Fatani berada di France dimana menunjukkan yang silat berkembang pesat di peringkat antarabangsa.

0 comments: